Tuesday, August 16, 2011

~DuHaI TeMaNkU... ~


   Sahabat? Apakah makna sahabat yang sebenar?Bila ditanyakan kepada seseorang "Adakah anda menghargai sebuah persahabatan?".Ika yakin semuanya akan berkata "Ya,saya amat menghargainya".Tetapi sedarkah kita adakah kita benar-benar menghargainya?Cuba kita renungkan kembali bernarkah kita mengasihi sahabat kita sama seperti kita mengasihi diri sendiri?Benarkah kita mengasihi sahabat kita kerana Allah?Jika kerana Allah,pasti kamu tidak akan bermasam muka dan kamu akan bertegur sapa apabila bertembung antara satu sama lain.

   Benarlah kata orang,sahabat ketawa senang untuk dicari tetapi sahabat menangis sukar untuk ditemui.Jadi dari kalangan manakah kita ini?Adakah kita sahabat ketawa?Atau kita sahabat menangis?Atau kita sahabat ketawa dan menangis?Pernahkah kita rasa nikmatnya nilai persahabatan itu.Subhanallah,jika direnungkan kembali betapa besarnya nikmat yang Allah beri pada kita iaitu nilai persahabatan yang amat tinggi,cuma kadang-kadang kita yang alpa dan leka,kita yang tidak pernah bersyukur dengan kehadiran seseorang itu dalam hidup kita.

   Bila sebut pasal kawan rapat,boleh dikatakan rata-rata kita semua ada kawan rapat masing-masing.Tetapi serapat manakah hubungan yang terjalin itu?Atas dasar apa kerapatan persahabatan itu?Adakah kerana duit?Kecantikan?Sesungguhnya itu semua hanya pinjaman dari Allah.Bila-bila masa sahaja pabila tiba saatnya pasti akan Allah ambil.Bukankah kita bersahabat kerana Allah Azza Wajalla?

Cuba kita imbas kembali saat-saat sebelum kita melangkahkan kaki ke sekolah sehingga kita bersekolah dan sehinggalah kita bekerja sekarang ini.Sudah berapa ramaikah sahabat kita?Dan adakah sehingga sekarang hubungan persahabatan itu terjalin?Atau bila sudah habis sekolah masing-masing bawa haluan sendiri tanpa khabar berita.Dan cuba anda fikirkan betapa indahnya jika persahabatan itu tetap kekal walaupun kini sahabat anda itu bukan lagi rakan sepermainan anda,bukan lagi rakan kelas anda,bukan lagi rakan universiti anda.

Renungkanlah wahai sahabatku,pernahkah kita menyakiti hati sahabat kita tanpa kita sedari.Tiba-tiba sahaja kita bermasam muka,kita tidak bertegur sapa,kita tidak lagi menjadi sahabat seperti dahulu.Jikalau dulu kita makan dia makan,kita tidur dia pun turut tidur tetapi sekarang tidak lagi.Kita makan sedangkan kita tidak tahu dia sudah makan atau belum,kita tidur nyenyak tetapi kita tidak pernah terfikir adakah sahabatku yang seorang itu tidur nyenyak atau sekarang ini dia sedang menangis bersendirian mengenangkan kita,ataupun mengerang kesakitan,atau lebih teruk sekali apabila dia sedang nazak dikunjungi malaikat maut!

Cuba bayangkan jika dia pergi buat selama-lamanya tanpa kita bertegur sapa dengan dia,tanpa kita kenali hatinya sekarang ini.Ayuh kita binakan semula persahabatan yang perhubungannya semakin retak ini.Bangkitlah wahai sahabatku,bina ukhuwwah yang mantap agar islam jua turut mantap!Berkawanlah anda kerana Allah dan hargailah sebuah persahabatan itu.Jangan pernah sia-siakan sahabat itu kerana selemah-lemah manusia adalah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu adalah orang yang mensia-siakan sahabat yang dicari.Ukhuwwah itu indah sahabatku,maka jagalah ia sebaik mungkin.



"Rakan yang baik itu hadirnya dinanti dan perginya pasti ditangisi"

2 comments:

ukhwahdihati said...

semoga dipertemukan dengan sahabat bukan kawan mahupun lawan

NURFAIQAH BINTI CHE MOHAMAD ALUAN said...

amin... tq kak sbb sentiasa bersama ika... doakan utk ika sekali yew.... :)

kEiNdAhAn aLaM

kEiNdAhAn aLaM
CiPtAaN TuHaN