Tuesday, August 16, 2011

~DuHaI TeMaNkU... ~


   Sahabat? Apakah makna sahabat yang sebenar?Bila ditanyakan kepada seseorang "Adakah anda menghargai sebuah persahabatan?".Ika yakin semuanya akan berkata "Ya,saya amat menghargainya".Tetapi sedarkah kita adakah kita benar-benar menghargainya?Cuba kita renungkan kembali bernarkah kita mengasihi sahabat kita sama seperti kita mengasihi diri sendiri?Benarkah kita mengasihi sahabat kita kerana Allah?Jika kerana Allah,pasti kamu tidak akan bermasam muka dan kamu akan bertegur sapa apabila bertembung antara satu sama lain.

   Benarlah kata orang,sahabat ketawa senang untuk dicari tetapi sahabat menangis sukar untuk ditemui.Jadi dari kalangan manakah kita ini?Adakah kita sahabat ketawa?Atau kita sahabat menangis?Atau kita sahabat ketawa dan menangis?Pernahkah kita rasa nikmatnya nilai persahabatan itu.Subhanallah,jika direnungkan kembali betapa besarnya nikmat yang Allah beri pada kita iaitu nilai persahabatan yang amat tinggi,cuma kadang-kadang kita yang alpa dan leka,kita yang tidak pernah bersyukur dengan kehadiran seseorang itu dalam hidup kita.

   Bila sebut pasal kawan rapat,boleh dikatakan rata-rata kita semua ada kawan rapat masing-masing.Tetapi serapat manakah hubungan yang terjalin itu?Atas dasar apa kerapatan persahabatan itu?Adakah kerana duit?Kecantikan?Sesungguhnya itu semua hanya pinjaman dari Allah.Bila-bila masa sahaja pabila tiba saatnya pasti akan Allah ambil.Bukankah kita bersahabat kerana Allah Azza Wajalla?

Cuba kita imbas kembali saat-saat sebelum kita melangkahkan kaki ke sekolah sehingga kita bersekolah dan sehinggalah kita bekerja sekarang ini.Sudah berapa ramaikah sahabat kita?Dan adakah sehingga sekarang hubungan persahabatan itu terjalin?Atau bila sudah habis sekolah masing-masing bawa haluan sendiri tanpa khabar berita.Dan cuba anda fikirkan betapa indahnya jika persahabatan itu tetap kekal walaupun kini sahabat anda itu bukan lagi rakan sepermainan anda,bukan lagi rakan kelas anda,bukan lagi rakan universiti anda.

Renungkanlah wahai sahabatku,pernahkah kita menyakiti hati sahabat kita tanpa kita sedari.Tiba-tiba sahaja kita bermasam muka,kita tidak bertegur sapa,kita tidak lagi menjadi sahabat seperti dahulu.Jikalau dulu kita makan dia makan,kita tidur dia pun turut tidur tetapi sekarang tidak lagi.Kita makan sedangkan kita tidak tahu dia sudah makan atau belum,kita tidur nyenyak tetapi kita tidak pernah terfikir adakah sahabatku yang seorang itu tidur nyenyak atau sekarang ini dia sedang menangis bersendirian mengenangkan kita,ataupun mengerang kesakitan,atau lebih teruk sekali apabila dia sedang nazak dikunjungi malaikat maut!

Cuba bayangkan jika dia pergi buat selama-lamanya tanpa kita bertegur sapa dengan dia,tanpa kita kenali hatinya sekarang ini.Ayuh kita binakan semula persahabatan yang perhubungannya semakin retak ini.Bangkitlah wahai sahabatku,bina ukhuwwah yang mantap agar islam jua turut mantap!Berkawanlah anda kerana Allah dan hargailah sebuah persahabatan itu.Jangan pernah sia-siakan sahabat itu kerana selemah-lemah manusia adalah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu adalah orang yang mensia-siakan sahabat yang dicari.Ukhuwwah itu indah sahabatku,maka jagalah ia sebaik mungkin.



"Rakan yang baik itu hadirnya dinanti dan perginya pasti ditangisi"

Thursday, August 11, 2011

~BerSaHaBaT KeRaNa ALLAH~



1001 GuRaUaN BeLuM TeNtU DaPaT MeNgUkIR SaTu SeNyUmAn,
TeTaPi HaNyA SaTu SiNDiRaN SuDaH CuKuP MeLuKaKaN HaTi SeSeoRaNg...


  • LiSaN KaDaNg-KaDaNg TaK TeRjAgA
  • JaNjI KaDaNg-KaDaNG TeRaBaI
  • HaTi KaDaNg-KaDaNg BeRpRaSaNgKa
  • SiKaP KaDaNg-KaDaNg MeNyAkiTkAn

HiDuP AkAn MeNjAdI LeBiH InDaH JiKa MaSiH AdA RaSa MaAf-BeRmAaFaN SeSaMa HaMbA.. 
IKhLaSKaN HaTiMu DaLaM SeTiAp PerSaHaBaTaN YaNg TeRjALiN... :)


YA ALLAH...
BeRsIHkAnLaH HaTi-HaTi KaMi DeNgAn CaHaYa KeTaQwAaN,
BaHaGiAkAn KeLuArGa KaMi,
KuAtKaN ImAn KaMi &
EraTkAnLaH HuBuNgAn SiLaTuRaHiM kAmi...

BERSAHABATLAH KERANA ALLAH KERANA ITU LEBIH MULIA DARIPADA BERSAHABAT KERANA KEPENTINGAN SENDIRI...

SeMoGa KiTa BerTeMu LaGi Di SyUrGa ALLaH, DuHaI TeMaNkU....



Sunday, August 7, 2011

~I MiSs My PaReNTs So MuCh.. ~


Lirik lagu nie sangat bermakna.. Sekali dengar mcm untuk seorang kekasih, tetapi jika dihayati liriknya, ia ditujukan untuk ibu bapa... Ibu bapa yang bersusah payah membesarkan kita. Sanggup bergadai nyawa, harta, masa & tenaga demi seorang anak. Kini, tibalah masanya untuk kita sama-sama membalas segala jasa dan pengorbanan mereka untuk kita. Saat ini, aku terlalu merindui kedua ibu bapa aku.. Semoga aku masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan mereka. AMIN.. 

"Sifat anak yang soleh & solehah adalah mentaati ibu bapa..Halus peribadinya, mencontohi Rasulullah, tingkah lakunya dijaga agar ianya sentiasa terpelihara"

p/s: Ditujukan untuk diri sendiri. Ma..Abah..ampunkan dosa-dosa anakmu ini...aku sentiasa menyayangi diri kalian.. Tanpa kalian, siapalah aku di bumi ini..

Monday, August 1, 2011

~IkHwAn SeJaTi PiLiHaN HaTi ~

Seorang remaja lelaki bertanya pada ibunya: Ibu, ceritakan padaku tentang ikhwan sejati.......
Ibu tersenyum dan lalu menjawab.......

Ikhwan Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang di sekitarnya....

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran.....

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa ...

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati di tempat kerja, tetapi bagaimana dia dihormati di dalam rumah...  

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan...

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada di sebalik itu...

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari banyaknya akhwat yang memuja, tetapi komitmennya terhadap akhwat yang dicintainya...

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari jumlah beban yang ditanggungnya, tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan...

Ikhwan Sejati bukanlah dilihat dari kuatnya membaca Al-Quran, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca...


....setelah itu, ia kembali bertanya...

" Siapakah yang dapat memenuhi kriteria seperti itu, Ibu ?"

Sang Ibu memberinya buku dan berkata.... "Pelajari tentang dia..." ia pun mengambil buku itu
"MUHAMMAD", judul buku yang tertulis di buku itu... :)


kEiNdAhAn aLaM

kEiNdAhAn aLaM
CiPtAaN TuHaN