Monday, November 29, 2010

KeCaNtIkAn SeOrAnG WaNiTa....

Wanita cantik menurut Allah s.w.t. adalah melalui kekuatan dalam menghadapi masalahnya, tersenyum di saat tertekan, tertawa di saat hati sedang menangis, tabah di saat dihina, mempersona tika memaafkan dan mengasihi tanpa minta dibalas.. Semoga wanita ini bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi.. InsyaAllah.. =)


Wahai hati, bila engkau memandang segalanya dari Allah s.w.t. yang mencepatkan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menyebabkan hatimu disakiti, membuatkan keinginanmu terhalang, pastinya damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentadbir segala-galanya dengan sia-sia, bukan Allah tidak tahu akan deritanya hidupmu, hancurnya hatimu tapi mungkin itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu hati yang sebegini lebih lunak dan lebih mudah untuk dekat denganNYA....=)

Saturday, November 27, 2010

أوامر الحبيب

Kadang-kadang Allah patahkan semangat kita untuk selamatkan jiwa kita. DIA patahkan hati kita untuk membuat kita lebih bersemangat. DIA memberi kita sakit supaya kita menjadi lebih kuat. DIA memberi kita kegagalan untuk membuat kita rendah diri. DIA menghantar penyakit supaya kita boleh menjaga diri sendiri. Kadang-kadang ALLAH mengambil segala-galanya dari kita supaya kita boleh belajar untuk menghargai segala nikmat yang diberi oleh-NYA... =)

Friday, November 26, 2010

Allah Is aLwAyS In My HeArT....

  • May ALLAH be with you every step that you take. May HE guide you each decision you make. May HE help you when your life gets rough. May HE lift you when you had enough. May HE protect you when you fall. May HE hear you when you call. May HE soothe your heart when you don't understand. May ALLAH always hold you in HIS hand... InsyaAllah...
  • Saat kekalahan itu bermula apabila kamu berasa lemah dalam perjuangan dan saat kemenangan itu bermula apabila kamu melawan perasaan lemah itu.. =)

DoA DaRi SaHaBaT UnTuK SaHaBaT...

Ya Allah...
Kau hiasilah sahabatku ini dengan kebijaksanaan para malaikat, kefahaman para rasul dan hafazan para nabi... Permudahkanlah urusannya selancar tusukan jarum... Perkenankanlah ilmu-MU pada dia agar ilmu yang dipelajarinya mudah difahami seperti cepatnya air diserap tanah.. Kebalkanlah dirinya dari fikiran buruk dan dicerca seperti kebalnya daun keladi terhadap air...
Amin Ya Rabbal Alamin...

Thursday, November 25, 2010

ErTi SiFaT WaNiTa YaNg SeBeNaR...

1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
4. Ikhlas : Keikhlasan seorang wanita tak perlu diragui.
5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.





Friday, November 19, 2010

AnGgUn PeSoNa aUrAt TeRpELihArA..

Pernahkah kita terfikir, mengapa Islam mensyariatkan wanita menutup dan menjaga aurat mereka? Betapa Islam hadir untuk memartabatkan kaum wanita, tetapi wanita sendiri tidak menyedari hakikat itu.

Jika dibandingkan wanita Islam dengan bukan Islam, wanita Islam begitu bertuah kerana telah disyariatkan untuk menutup aurat. Cuba lihat wanita barat yang meluncur di atas ais dengan hanya memakai bikini atau mungkin tanpa berpakaian. Merekalah yang sebenarnya telah didiskriminasikan. Menjadi tatapan setiap manusia yang memandang tanpa sekelumit pun perasaan malu. Maruah yang perlu dijaga dipertontonkan sewenang-wenangnya tanpa timbul perasaan bersalah. Seolah-olah tidak bernilainya mereka di mata masyarakat.

Sedarkah anda wahai wanita bahawa Islam telah menerangkan dengan jelas kepada kita, siapakah yang selayaknya melihat aurat kita di dalam al-Quran.

Namun wanita kini, mereka sendiri dengan sesuka hati mendedahkan aurat dan mahkota mereka tanpa rasa berdosa kepada yang bukan mahram. Malah lebih parah lagi, lelaki yang seharusnya menjadi pelindung dan pembimbing kepada kaum wanita membiarkan sahaja isteri, anak, adik, sahabat dan saudara mereka mendedahkan aurat.

Tidakkah kaum lelaki ini merasa tercabar dan cemburu melihat wanita yang di bawah tanggungjawab mereka yang sepatutnya hanya mereka melihat aurat mereka tetapi, sebaliknya lelaki lain juga mendapat HAK yang sama?

Dimana istimewanya lelaki yang bergelar suami berbanding dengan lelaki lain di luar sana yang mendapat HAK yang sama dengannya? Apakah mereka merasa biasa dengan situasi itu? Sungguh rugi dan dayuslah mereka.

SaYa sAyAnG IsLaM KeRaNa... :

1. Islam Membawa Berita Gembira Pada Saya

Islam adalah cara hidup yang benar-benar diperlukan oleh setiap manusia yang inginkan kehidupan yang bahagia seterusnya ke arah masyarakat yang harmoni.

Adakah wujud satu kitab yang menghimpunkan ilmu, sejarah peradaban, akhlak dan adab, perdagangan, kejadian bangsa-bangsa terdahulu, makanan dan minuman, undang-undang, hukuman dan pelbagai lagi berkaitan dengan kehidupan untuk kita jadikan pelajaran? Belum lagi dikira kehidupan sebelum kehidupan dan kehidupan selepas mati.

Firman Allah S.W.T :

"Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu; iaitu Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya. Ia membawa berita yang menggembirakan (bagi orang beriman) dan membawa amaran (bagi orang yang ingkar)." (Surah Al-Fussiliat : 3-4)

Sejarah membuktikan sebelum datangnya Islam, manusia hidup penuh huru-hara. Undang-undang buatan mereka hanya agak-agak sahaja, sehingga anak-anak perempuan dibunuh, wanita datang haid hendaklah diasingkan, orang yang beribadah tidak boleh berkahwin dan sebagainya.

2. Islam Mengajar Saya Tentang Akhlak Pergaulan

Kedatangan Islam dalam kehidupan telah memberi ilmu tentang akhlak yang terpuji. Dahulu, kebanggaan kekayaan menjadi bualan, umpatan dan kejian menjadi mainan, kemudian datanglah Islam memberi ketenangan.

Firman Allah S.W.T :

Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela, yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya, dia mengira bahwa hartanya itu dapat mengekalkannya, sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah. (Surah Al-Humazah : 1-4)

Berhati-hatilah sesiapa yang suka mengumpat, mengeji dan yang mencari harta sehingga lalai pada perintah Allah, kerana Allah S.W.T menjamin Huthamah. Nabi S.A.W bersabda, orang yang kita ceritakan keburukannya itu adalah umpatan. Jika tidak benar dipanggil fitnah, jika benar dipanggil mencela.

Melalui Al-Quran juga Allah S.W.T menyuruh hambaNya berbuat baik pada ibu-bapa, keluarga, jiran dan seluruh masyarakat tidak kira Islam mahupun bukan Islam (yang tidak memerangi Islam).

3. Islam Membantu Saya Menenangkan Hati

Al-Quran yang diturunkan bukan sahaja menjadi peringatan dan petunjuk, malah boleh juga dijadikan penawar baik dari segi zahir dan batin. Penawar bagi keresahan, ketakutan, kegelisahan selama ini yang bertumpuk-tumpuk, dengan mudah hilang dengan Al-Quran.

Firman Allah S.W.T :

"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram." (Surah Ar-Ra'd : 28)

KuAtKaN HaTi iNI WaHaI TuHaNkU.....

Setiap pagi. Saat mata mula celik. Hanya senyum terukir. Kadang alpa mengucap hamdalah. Astaghfirullahalazim. Itu aku. Yang selalu lupa dan leka. Bukan semua. Harapnya.

Melihat mereka yang jauh di perantauan, kini sangat tabah menyusuri sebuah perjalanan baru di bumi asing. Mereka yang pernah menjadi sahabat dan akan selalu menjadi teman sepanjang perjalanan ini.

Melihat abang dan kakak yang pernah aku kenal suatu masa dahulu di medan dakwah. Kini sudah punya keluarga, sudah punya kerjaya dan berjaya. Bahagia. Melihat mereka, yang akan melangkah menuju dunia baru. Teruja. Aku mahu jadi seperti mereka. Yang gigih membawa nama Islam. Tidak kira tempat, masa dan waktu. Yang tidak pernah meletakkan definisi 'jemu' dalam ensiklopedia mereka.

Aku kagum dan bangga pada mereka. Sedang aku? Masih merangkak menuju dan mencari tempat ini seharusnya. Menjejak medan di mana harus aku tapaki. Aku punya azam. Yang utuh. Di sini. Dalam lubuk hati yang tidak kelihatan oleh siapa pun.

Dari suatu sudut, aku melihat mereka. Yang dulunya pernah hebat suatu ketika. Bicara tentang Islam dengan penuh gah. Bisa membisukan suara-suara manusia. Memekakkan telinga-telinga umat dengan kalimah Lailahaillallah Muhammadurrasulullah.

Tiba-tiba mereka hilang. Hanya tinggal bayang. Dan debu yang mengekori. Aku hanya mampu memerhati dari kejauhan. Mereka, rupanya lumpuh di pertengahan. Ke mana menghilang? Di mana mencari? Tiadakah jalan untuk ketemu dakwah itu? Perasaan ini, hampa dan sedih. Pada mereka yang dahulunya penuh dengan kobar dan semangat. Kini tidak lagi.

Bagaimana aku nanti? Adakah suatu masa nanti aku akan seperti mereka? Ketakutan pada diri. Lenyap hati, hilang jiwa dan mungkin roh ini sesat untuk dakwah pada Islam. Bagaimana aku seandainya itu yang tertulis dalam kitab takdir diri ini?

Tidak. Aku tidak mahu itu jadi seperti mereka. Aku masih mahu berada di sini. Untuk Islam. Untuk dakwah. Dan untuk ukhuwah.

Ya Rabb, izinkan aku menjauh dari takdir itu. Kerana aku tidak mahu selamanya roh ini tersesat.

Tuhan Yang Maha Mendengar,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui,
Tegarkan jiwa ini untuk berada pada jalan-Mu untuk selamanya,
Jangan biar diri ini tandus dimamah kefuturan,
Menjauh dari-Mu, meminggir dari-Mu,
Kuatkan hati ini wahai Tuhan,
Kerana tiada siapa tahu kehidupan hamba-Mu ini nanti akhirnya melainkan hanya Engkau.

Saturday, November 6, 2010

KeTaHuIlAh 16 SiFaT WaNiTa... =)

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan anda selepas anda menyakiti hatinya, lebih baik anda beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum anda menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian.
7. Jika anda tidak suka dengan gadis yang sukakan anda separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang anda tak akan tahu kerana bila dia dah buat keputusan dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri dari anda selepas anda tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya anda masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali anda ajak berjumpa, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat dengan anda.
16. Sayangi wanita. Jangan sakiti hati mereka. Gembirakan hati mereka. Hadiahkan mereka sesuatu dengan ikhlas walaupun harganya tidak seberapa. Peliharalah wanita itu dengan sebaik-baiknya, sebab sesungguhnya wanita dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya yang paling bengkok adalah tulang rusuk yang paling atas sekali. Maka jika kamu cuba meluruskannya nescaya ia akan patah. Dan jika kamu biarkan saja maka, ia akan tetap bengkok. Sebab itu, Peliharalah wanita dengan baik.. :)

Friday, November 5, 2010

JuAdAh 4 LuNcH TiMe bAnJiR

InIlAH pINGGan kItOrAng.. hehehe


Ini pula juadahnyerr....

KeRaNa sEbIjI tEmBiKaI...

Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebijitembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?." Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.

Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: "Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya."

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Waalahu'Alam.

KaWaN dI aKhIr zAmAn

Kawan di akhir zaman ini payah untuk kita ketemui yang benar-benar sibuk dengan urusan memperbaiki diri nya, yang benar benar sibuk untuk mengubah sikapnya untuk kembali kepada Zat yang sempurna.. Yang ada kini hanyalah sibuk dengan urusan mengumpul harta dunia walau diketahui dunia ini hanya sementara..

Kawan di akhir zaman ini payah untuk kita ketemui yang bergelumang dengan majlis ilmu menafaat yang sanggup bersusah payah dan berpenat lelah yang sanggu menghabiskan masa, tenaga, umur dan harta dalam mengejar dan memahami ilmu manfaat.
Yang ada kini hanya lah berbangga dengan harta yang menimbun tapi jiwanya masih kosong belaka..

Kawan di akhir zaman ini payah untuk kita ketemui ahli professional yang bertaqwa..
Yang benar-benar melekat iman di jiwanya, mengunakan professionnya menuju cita-cita di akhirat sana. Yang ada kini hanyalah ahli professional yang lalai dan leka yang hidup nya lebih barat dari barat.Iman dan amal soleh terasa amat berat baginya..

Kawan di akhir zaman ini payah untuk kita ketemui bersifat silaturrahim semata mata kerana Allah.. Saling berhubungan dan bertanya khabar semata mata kerana Allah.
Yang ada kini hanyalah sikap pura-pura untuk menyenangkan hati sendiri.. Bersahabat untuk mendapat habuan dan kepentingan diri..

Kawan di akhir zaman ini payah untuk kita ketemui yang suka berbincang tentang usaha untuk mengurus diri sendiri yang menghidupkan dan mengamalkan ilmu yang dipelajari untuk kepentingan masyarakat Islam sendiri yang mensyiarkan Islam pada diri mereka. Yang ada kini hanyalah yang suka berbincang tentang usaha untuk menambahkan harta dunia yang menghidupkan budaya barat sehingga melupakan kehidupan akhirat yang lebih kekal..

Kawan di akhir zaman ini susah untuk kita ketemui yang menjadikan majlis majlis Al Quran tempat pertemuan yang menjadikan majlis majlis Agama tempat berkenalan..Yang ada kini hanyalah menjadikan kompleks membeli belah tempat membuang masa dan umur..
Yang menjadikan disko dan pesta hiburan sebagai tempat berhibur..

Kawan di akhir zaman ini susah untuk kita ketemui yang menjadikan Al Quran sebagai hiburan menjadikan zikir dan selawat sebagai ucapan kelaziman yang ada kini hanyalah
artis di jadikan bahan pujaan nyanyian melalaikan di jadikan hiburan dianggap moden dan berketerampilan..

Kawan di akhir zaman ini susah untuk kita ketemui yang sentiasa merasai mati itu sangat hampir..yang sentiasa merasai jelingan Izrail..Yang bersungguh sungguh memperbaiki iman dan amal sebelum kematian..Yang bersungguh sungguh memperbaiki sikap sendiri untuk masa depan diakhirat..Yang ada kini hanyalah yang panjang angan-angannya.. Yang sibuk mengumpul dunia kerja seharian..Seolah-olah kematian itu masih jauh & seolah-olah alam barzakh itu tidak akan ditempuh....

WaNiTa SoLeHaH....

Wanita :::: Akal Senipis Rambutnya.... Jangankan lelaki biasa, malah nabi pun terasa sunyi tanpa wanita...dan nabilah yang menaikkan kemuliaan wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau pun sudah memiliki segalanya. Apakah yang kurang dan apakah yang tiada didalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa. Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan darinya. Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia. Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman... Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak. Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya... Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Illahi Rabbi... Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukanlah suatu kelemahan... Ia bukan diskriminasi Allah... sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah... Wanita yang lupa hakikat kejadiannya... Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan... Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus... Bahkan akan semakin membengkok... Itulah hakikatnya supaya wanita kenal Illahi Rabbi yang maha berkuasa mencipta segalanya... Bila wanita menjadi derhaka... pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara.... Lelaki pula bukan sekadar mengharapkan ketaatan semata-mata... Tapi binalah kepimpinan melalui bimbingan... Pastikan sebelum wanita bertemu Ilahi Rabbi, selamatkan dan sempurnakanlah dirinya... Dekatkan dirinya kepada Allah SWT... Nescaya akan dipermudahkanlah Allah SWT kepentingan dunia dan akhirat dibawah pimpinanmu... Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra' Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali K.W.

MuTiArA KaTa iSlAm...

"Orang mukmin yang sempurna imannya adalah yang paling baik budi pekertinya dan lemah lembut dengan keluarganya,dan sebaik-baik kamu ialah yang baik kepada isterinya"

"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu juga tidak memandang kepada harta kamu,akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu"

LeT's hOlD On tO EaCh oThEr aBoVe EvErYtHiNg eLsE

I have someone who makes me laugh even though I feel bad...
I have someone who makes me feel loved when I feel alone...
I have someone who tells me I am beautiful when I don't feel like one at all...
I have someone who gives me reassurance when everything's a doubt...
I have someone who's willing to sacrifice everything for my wants and needs...
I have someone who's an epitome of fun and laughter for my most horrible days...
I have someone whose comfort takes my mind to scenes of beautiful mornings with him in my arms...
I have someone whose overflowing care never cease to secure me...
I have someone who simply loves me whole heartedly and honestly...
And I'm glad to have you...

wAsIaT SeOrAnG sAhAbAt...

Dengarlah sahabatku,
Jika setelah ini kekasih yang tak pernah ku miliki datang mencariku, maka katakanlah kepadanya bahwa aku telah melakukan yang terbaik atas hal-hal yang ku bisa lakukan. Katakan kepadanya cinta lebih terasa bermakna ketika nampak kemustahilan untuk menggapainya, cinta tidak membuatku lemah namun membuatku bertahan hingga detik terakhir –walaupun apa yang ku rasakan lebih banyak rasa sakit atasnya-. Katakan padanya bahwa kepingan hati yang telah dia hancurkan dahulu telah ku rangkai kembali menjadi istana tanpa tahta yang akan selalu menunggu kehadirannya. Katakan kepadanya bahwa pilar-pilar yang menyangga mimpi dan harapan yang dahulu ia luluhlantahkan telah ku bangun kembali dan menunggu dirinya untuk menggantungkan kembali mimpi dan harapan tersebut.

DuHaI TeMaN...

Sekadar menitipkan sekeping hati..
Agar aku bisa berbagi
Bukan bersama meragut mimpi
Kutahu kau miliki mimpi sendiri
Cukuplah aku singgah sejenak tanpa perlu menetap..
Berlabuh melepas jangkar lelah..
Didermaga lapangmu yang kini semakin sesak...

Saatnya melaut lagi ...mengarungi samudra tanpa tepi
perahu nasibku sudah menunggu
mesti kukayuh menuju dermaga baru

aku lenyap digulung ombak hidup
disanalah sekeping hati aku pendam
abadi ..... bersama takdirku

kEiNdAhAn aLaM

kEiNdAhAn aLaM
CiPtAaN TuHaN