Friday, November 5, 2010

KaWaN dI aKhIr zAmAn

Kawan di akhir zaman ini payah untuk kita ketemui yang benar-benar sibuk dengan urusan memperbaiki diri nya, yang benar benar sibuk untuk mengubah sikapnya untuk kembali kepada Zat yang sempurna.. Yang ada kini hanyalah sibuk dengan urusan mengumpul harta dunia walau diketahui dunia ini hanya sementara..

Kawan di akhir zaman ini payah untuk kita ketemui yang bergelumang dengan majlis ilmu menafaat yang sanggup bersusah payah dan berpenat lelah yang sanggu menghabiskan masa, tenaga, umur dan harta dalam mengejar dan memahami ilmu manfaat.
Yang ada kini hanya lah berbangga dengan harta yang menimbun tapi jiwanya masih kosong belaka..

Kawan di akhir zaman ini payah untuk kita ketemui ahli professional yang bertaqwa..
Yang benar-benar melekat iman di jiwanya, mengunakan professionnya menuju cita-cita di akhirat sana. Yang ada kini hanyalah ahli professional yang lalai dan leka yang hidup nya lebih barat dari barat.Iman dan amal soleh terasa amat berat baginya..

Kawan di akhir zaman ini payah untuk kita ketemui bersifat silaturrahim semata mata kerana Allah.. Saling berhubungan dan bertanya khabar semata mata kerana Allah.
Yang ada kini hanyalah sikap pura-pura untuk menyenangkan hati sendiri.. Bersahabat untuk mendapat habuan dan kepentingan diri..

Kawan di akhir zaman ini payah untuk kita ketemui yang suka berbincang tentang usaha untuk mengurus diri sendiri yang menghidupkan dan mengamalkan ilmu yang dipelajari untuk kepentingan masyarakat Islam sendiri yang mensyiarkan Islam pada diri mereka. Yang ada kini hanyalah yang suka berbincang tentang usaha untuk menambahkan harta dunia yang menghidupkan budaya barat sehingga melupakan kehidupan akhirat yang lebih kekal..

Kawan di akhir zaman ini susah untuk kita ketemui yang menjadikan majlis majlis Al Quran tempat pertemuan yang menjadikan majlis majlis Agama tempat berkenalan..Yang ada kini hanyalah menjadikan kompleks membeli belah tempat membuang masa dan umur..
Yang menjadikan disko dan pesta hiburan sebagai tempat berhibur..

Kawan di akhir zaman ini susah untuk kita ketemui yang menjadikan Al Quran sebagai hiburan menjadikan zikir dan selawat sebagai ucapan kelaziman yang ada kini hanyalah
artis di jadikan bahan pujaan nyanyian melalaikan di jadikan hiburan dianggap moden dan berketerampilan..

Kawan di akhir zaman ini susah untuk kita ketemui yang sentiasa merasai mati itu sangat hampir..yang sentiasa merasai jelingan Izrail..Yang bersungguh sungguh memperbaiki iman dan amal sebelum kematian..Yang bersungguh sungguh memperbaiki sikap sendiri untuk masa depan diakhirat..Yang ada kini hanyalah yang panjang angan-angannya.. Yang sibuk mengumpul dunia kerja seharian..Seolah-olah kematian itu masih jauh & seolah-olah alam barzakh itu tidak akan ditempuh....

No comments:

kEiNdAhAn aLaM

kEiNdAhAn aLaM
CiPtAaN TuHaN